Wednesday, May 13, 2020

SENARAI WARKAH

[ REMAJA ]

  1. Pelajar penyokong reformasi? -- Kesedaran politik tidak bermakna aktif berpolitik - Dr. Sidek
  2. Zaman remaja permulaan baik untuk berkarya
  3. Remaja dituntut menghidupkan jiwa pengorbanan
  4. Membina kekebalan remaja
  5. Kemahiran berfikir perlu pendedahan sejak zaman remaja
  6. Celik emosi bantu bentuk peribadi mulia
  7. Hikmah puasa - Kekalkan remaja dalam fitrah
  8. Remaja berpuasa - Membina keinsafan syarak
  9. Syawal - Gambaran kemenangan iman
  10. Fitrah diri - Dibina sebelum akil baligh
  11. Potensi diri - Asas kematangan remaja
  12. Pembinaan pemikiran penyaring remaja terbaik
  13. Remaja moden - Tidak melupakan nilai agama
  14. Nilai adab didik remaja dari awal
  15. Perubahan - Remaja harus cermat menerimanya
  16. Remaja bertatih - Perlukan pengalaman, tunjuk ajar
  17. Alam dewasa remaja perlu persiapan ilmu
  18. Rasa peduli agama - Bebas anasir negatif
  19. Rutin hidup - Membentuk tingkah laku
  20. Fahaman hedonistik - Remaja tahu batasan dan tujuan
  21. Ketelusan - Asas pembinaan pekerti
  22. Bebas bermaruah - Remaja tidak suka dibelenggu
  23. Bina Negara kualiti diri remaja tentukannya
  24. Proses bina insan - Bergerak seiring
  25. Pembangunan modal insan remaja sasaran utamanya
  26. Sahsiah unggul membentuk peribadi besar
  27. Majunya remaja dalam acuan sendiri
  28. Seni dalam jiwa - Menghaluskan hati remaja
  29. Tabiat membaca menyempurnakan hidup kita
  30. Remaja Islam malas membaca, berbincang dan berfikir
  31. Kecelaruan identiti remaja banyak sebabnya
  32. Manfaatkan masa senggang
  33. Jalan yang diredai
  34. Hilang pedoman
  35. Fahami hakikat ketuhanan bawa remaja kepada keredaan
  36. Konsep qudwah ganti idola dan diva
  37. Membangun jiwa ceria
  38. Rasa bersyukur
  39. Krisis nilai berpunca daripada didikan
  40. Faktor fitrah dalam membangunkan modal insan
  41. Jalan taubat terbuka
  42. Menggilap bakat diri
  43. Remaja perlu kembali kepada jiwa umat Melayu
  44. Celik minda dan celik hati
  45. Makna dialog peradaban bagi remaja
  46. Pentingnya qudwah dalam hidup remaja
  47. Perlunya remaja hidup dalam lingkaran syarak
  48. Interaksi masyarakat mampu tangani kecelaruan remaja





[ REMAJA BERFIKIR ]

  1. Berfikir kerana Allah
  2. Berfikir cara reflektif
  3. Minda strategik
  4. Berfikir kritikal
  5. Berfikir logikal
  6. Berfikir kreatif
  7. Berfikir analitikal
  8. Berfikir holistik
  9. Berfikir reaktif
  10. Berfikir proaktif
  11. Berfikir Islami
  12. Berfikir Qurani
  13. Berfikir ikut sunah
  14. Berfikir tadabbur
  15. Berfikir saintifik Qurani
  16. Kemahiran berfikir
  17. Berfikir dalam zikir
  18. Berfikir menjana ilmu
  19. Pemikiran dan akal
  20. Berfikir adalah anugerah Allah
  21. Membina kemahiran berfikir





[ ILMU DAN PENDIDIKAN ]

  1. KEFAHAMAN ILMU DAN KETRAMPILAN PENDIDIKAN DALAM UPAYA PEMBAHARUAN (TAJDID)
  2. Alam ini ibarat buku?
  3. Ilmu yang bermanfaat perlu dicari
  4. Alam luas tetapi akal terbatas
  5. Beriman kepada yang Ghaib
  6. Faktor rohaniah yang memancar amal
  7. Ilmu Islami ibarat sebatang pokok
  8. Bahasa Melayu kuasai ilmu
  9. Jihad ilmu atasi rendah diri terhadap Barat
  10. Penemuan saintifik dekatkan manusia dengan Pencipta
  11. Isyarat dari langit dedah fenomena alam
  12. Pedoman dari langit mampu mengangkasa minda
  13. Didikan awal bina kekebalan jiwa, pemikiran anak
  14. Akhlak penentu darjat kemuliaan manusia
  15. Membentuk kepemimpinan ummah mapan
  16. Empat asas membentuk anak berwatak fitrah
  17. Bahaya tradisi kekeluargaan diabai anak
  18. Teroka alam semesta dekatkan manusia dengan pencipta
  19. Didikan rohani bendung anak hilang nilai akhlak
  20. Memperkasa ilmu hadapi cabaran globalisasi
  21. Akhlak landasan utama kualiti hidup
  22. Ibu bapa saling berkasih pengaruhi akhlak anak
  23. Bapa mengimbangi didikan anak lelaki
  24. Kerap bersoal 'mengapa' bimbing anak mengenal hikmah
  25. Fasih BM, BI tingkat kualiti modal insan





[ TAMADUN ]

  1. Madinah jadi contoh kemajuan bertunjangkan agama
  2. Islam menjadikan umatnya hanya berserah?
  3. Benarkah Islam satu agama mundur?
  4. Islam menghalang kemajuan?
  5. Untuk maju perlukah kita menjadi liberal?
  6. Sekadar ilmu fardu ain tidak mencukupi
  7. Hati-hati dengan proses pembaratan
  8. Tahun baru dalam semangat hijrah
  9. Hijrah dan pengaruh perubahan
  10. Faham jahiliah dan jiwa hijrah
  11. Melayu itu bangsa, Islam itu agama
  12. Memahami Islam secara kulit dan isi
  13. Terlalu Islam umat tidak akan maju?
  14. Islam itu agama - Muslim itu penganutnya
  15. Imej Islam terletak pada ajaran dan penganutnya
  16. Islam adalah agama yang hidup
  17. Islam adalah sistem kepercayaan dan cara hidup
  18. Barat tidak ditentang pembaratan yang disanggah
  19. Teknologi selamanya alat bukan matlamat
  20. Kesejagatan nilai Islam untuk semua umat
  21. Kembali kepada Islam yang sebenar
  22. Jihad perniagaan, ilmu dimensi baru bina kekuatan
  23. Kealpaan Punca Kepincangan Melayu
  24. Nilai ketamadunan asas hubungan etnik
  25. Pendapat berbeza perkaya ilmu
  26. Akhlak, ilmu asas utama Melayu berkualiti
  27. Penguasaan ilmu Barat biar berteraskan syarak
  28. Sikap harap bantuan punca daya saing tiris
  29. Islam Pelopor Globalisasi
  30. Islam angkat daya intelek Melayu
  31. Pendirian liberal antara ancaman terhadap akidah
  32. Pembudayaan insan Malaysia wajar ikut Al Quran
  33. Perkongsian nilai murni pererat hubungan kaum
  34. Penyerapan unsur budaya, integrasi dalam kehidupan
  35. Nilai kerohanian suburkan integrasi
  36. Pendekatan jihad perkasa modal insan Melayu
  37. Umat Melayu dan agenda pemerkasaan
  38. Ketuanan Melayu perlu pendekatan baru
  39. Muhajirin, Ansar model persaudaraan
  40. Islam galakkan semangat toleransi, nilai sejagat
  41. Membentuk kepemimpinan ummah mapan
  42. Keseimbangan antara cita-cita dan ilmu untuk merubah
  43. Ramadan jana produktiviti rohaniah
  44. Muflis keintelektualan hancurkan umat







[ AL QURAN ]

  1. Al-Quran mengandungi petunjuk saintifik
  2. Al-Quran perisyaratan kajian alam
  3. Al-Quran asas bawa hikmah kajian ilmu
  4. Al-Quran sumber utama pemahaman nilai hidup
  5. Al-Quran tidak menolak kebaikan tradisi orang lain



[ DAKWAH ]

  1. Dakwah penuh kasih, bijaksana paling berkesan
  2. Kasih sayang, berilmu, teladan ciri utama pendidik
  3. Keseimbangan Penting Dalam Mendidik
  4. Kepemimpinan, Dakwah Perlu Dimensi Baru
  5. Kekuatan peribadi, akhlak bentuk pemimpin mulia
  6. Berdakwah zaman mencabar harus bijaksana
  7. Lenyap kasih sayang punca krisis generasi
  8. Insan beriman yakin bencana peringatan Tuhan
  9. Modal insan bermutu tuntut sahsiah tinggi
  10. Pendakwah mesti kreatif, proaktif



[ WAWANCARA ]

WAWANCARA BERSAMA PROF DR SIDEK BABA


Monday, January 09, 2012

"Da'ie & Murobbiy" -Tamrin Qiady PKPIM Caw. Gombak


Bicara Rakyat: Modal Insan Sejauh mana Pencapaian Kita? -05/08/2011


Kesederhanaan jalur bijaksana


CIKGU SIDEK BABA 
January 5, 2012
Al-Quran memberikan asas yang jelas tentang konsep wasat atau wasatiah sebagai landasan mendekati isu dan cabaran realiti. Islam menolak sikap melampau atau ekstrem kerana ia boleh menyebabkan konflik. Wasatiah atau kesederhanaan tegak dengan prinsip Qurani dan Islami serta tidak bercanggah dengan syariah atas maslahat yang baik.

Para pendakwah umpamanya memerlukan watak wasatiah ini. Sifat mad’u atau sasaran yang dihadapi adalah pelbagai dengan latar anutan yang berbeza dan sikap beragama yang tidak serupa. Pendakwah harus memiliki kebijaksanaan.

Atas dorongan rasa kasih sayang dan sifat belas kasihan, pendakwah mendekati mad’u atas pertimbangan bil hikmah walmau izatil hasanah, wajadilhum billati hia ahsan (surah ah Nahl:125) – dengan bijaksana melalui pekerti yang diteladani dan apabila berhujah dengan hujah yang baik.

Ada negara yang umat Islamnya majoriti dan yang bukan Islam minoriti. Pertimbangan wasatiah adalah dituntut. Ada negara umat Islamnya minoriti dan bukan Islamnya majoriti, kebijaksanaan secara wasatiah adalah amat perlu. Malah terdapat negara yang hampir semuanya Islam, tetapi kedapatan aliran pemikiran dalam orientasi yang pelbagai, ia juga menuntut pendekatan wasatiah.

Wasatiah ibarat seorang surirumah yang memasak lauk. Terlalu banyak garam diisi, ia akan menyebabkan rasa masin yang membawa mudarat pada kesihatan. Terlalu sedikit garam , lauk terasa tawar dan ia tidak memacu selera. Orang yang ahli dalam memasak menyarankan garam diisi secukup rasa. Ianya adalah wasatiah.

Manusia memang dilahirkan dalam kepelbagaian (Surah al Hujurat : 13). Kepelbagaian dalam bangsa dan anutan agama, kepelbagaian dalam bahasa serta budaya, kepelbagaian dalam cara berfikir dan orientasi watak serta gelagat memerlukan pendekatan.

Proses litaarrafu (kekenalan) dalam al-Quran menyarankan sikap saling memahami, melengkapi, mempelajari, mendekati dan melakukan dakwah supaya akhirnya perbezaan itu menjadi sumber hikmah dan kembalinya manusia berlandaskan fitrah. Itulah menjadi ukuran terbaik dalam Islam (inna aqra makum indal’lah hi atqaqum – manusia yang mulia di sisi-NYA adalah orang yang berjiwa muttaqeen).

Pendekatan wasatiah terungkap dengan lebih jelas dalam Surah al Imran : 110 iaitu mencetuskan umat terbaik (khayra ummah) dengan mendukung yang makruf dan mencegah diri daripada kemungkaran serta beriman kepada Allah. Kemakrufan tidak sekadar melakukan sesuatu yang baik dan diredhai ALLAH, tetapi menghasilkan model-model alternatif dalam sistem.

Ia tidak sekadar membuang duri di tengah jalan tetapi lebih jauh daripada itu ialah menghasilkan model contoh yang selari dengan keperluan syarak. Sistem ilmu yang integratif dan model pendidikan yang melahirkan peribadi contoh adalah jalur makruf yang membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada diri manusia.

Ia menuntut adanya pemikir, perancang dan pendidik murabbi, mualim dan muaddib yang menghasilkan tubuh ilmu yang diolah dan disampaikan secara integratif dan tajdidi (membawa kesan perubahan). Kaedah tijarah, jual beli, muamalah malah bisnes harus berlaku dalam kerangka pematuhan syariah (syariah-compilence). Ia bakal menghindarkan riba, amalan yang ditegah Islam.

Mendekati isu ini supaya sistem ekonomi akhirnya menjadi Islam memerlukan ilmu, kepakaran dan keahlian, strategi , model contoh dan natijah akhirnya membawa keuntungan yang ALLAH redha dan kestabilan. Apabila kemakmuran dapat disuburkan, kemungkaran bakal lenyap dan keimanan mengambil tempat. Perjuangan ini adalah sesuatu yang hak dan perjuangan terhadap hak atau kebenaran menuntut kesabaran.

Kesabaran itu adalah jalan wasatiah (watawasaubil haq watawasau bis sabr). Tidak ada jalan mudah dan jalan singkat untuk mencapai sesuatu kejayaan. Ia perlu difikir, dirancang, dilaksanakan secara bijaksana supaya hasilnya ternyata baik.

Ia tidak boleh terjadi semata-mata dengan syarah dan retorik, gopoh dan mengambil sikap bermusuh, tetapi menuntut penampilan sumber daya yang berwibawa, mendekati sesuatu dengan bijaksana dan sentiasa cekal serta teliti melakukan sesuatu. Ini adalah pendekatan wasatiah.

Sikap memihak kepada kebenaran


Oleh : CIKGU SIDEK BABA
Tarikh : December 15, 2011
Partisan ialah mengambil sikap memihak kepada sesuatu fahaman atau seseorang. Ia adalah sebahagian daripada resam perjuangan terhadap sesuatu ideologi atau seseorang tokoh yang disanjung. Kadang-kadang sikap partisan yang diambil bukan sangat kerana kebenaran yang didukung tetapi kerana taksub yang melulu.

Ada juga organisasi dakwah mengambil sikap non-partisan untuk menjaga maslahah dakwah. Maslahah dakwah bermaksud ajakan dan seruan itu berkembang tanpa batas parti politik dan fahaman yang diperjuangkan.

 Islam menganjurkan umatnya partisan kepada kebenaran. Kalau sesuatu fahaman itu mendukung makna kebenaran yang amat dituntut, kita wajib patuh kepadanya. Kebenaran adalah milik ALLAH. Ia disampaikan kepada manusia supaya manusia dapat menyampaikannya kepada orang lain sebagai pedoman untuk melakukan kebaikan dan mengelakkan diri daripada kemungkaran.

Hal yang sama juga kepada tokoh. Selagi kebenaran itu diambil daripada sumber al-Quran dan Sunnah dan ditafsirkan oleh ulamak muktabar maka menjadi keharusan untuk kita mentaatinya. Tetapi jika tokoh itu menganjur perpecahan, sengketa sesama umat, kepentingan politik mengatasi agama, tokoh itu tidak patut ditaati.

Mengambil sikap partisan pun memerlukan pedoman syarie yang tinggi, diikuti dengan kajian dan telitian supaya maklumat yang didapati adalah kemas dan meyakinkan. Kita tidak boleh mengambil sikap partisan hanya berasaskan persepsi semata-mata.

Partisan terhadap kebenaran menjadi kewajipan setiap umat Islam. Melakukan kerja dakwah dan tarbiah umpamanya menjadi salah satu cara mendekati mad’u atau sasaran. Sasaran biasanya tidak semua tahu akan maksud kebenaran. Ia perlu disampaikan bijaksana dan kasih sayang.

Para pendakwah dan pendidik dengan sifat kasih sayang dan belas kasihannya sentiasa bersikap terbuka untuk mendekati seseorang. Jika seseorang itu laku kemungkaran, kemungkaran itu tidak bersamanya, tetapi orang yang melakukan kemungkaran itu harus didekati dengan belas kasihan dan bijaksana.

Sekiranya kebencian terhadap kemungkaran mengambil pendirian sama benci dengan orang melakukannya, maka terputus tali dakwah atau dai’ dan mad’u (pendakwah dan sasarannya). Yang melakukan kemungkaran terus melakukan perkara sama.

Tetapi sifat belas kasihan yang mendorong para dai’ melakukan dakwah secara bijaksana dan berkesan, bakal membawa para mad’u kepada perubahan dengan izin ALLAH. Ia bakal menjadi orang yang berubah dan akhirnya menjadi sebahagian daripada orang yang menyukai kebenaran dan tidak mahu lagi kekal dalam kebatilan.

ALLAH tidak mengurniakan kepada sesuatu jemaah, baik dakwah atau siasah dengan seluruh kekuatan dalam menyampaikan kebenaran. ALLAH juga tidak mengurniakan kepada seseorang tokoh dengan kesegalaan ilmu dan kebijaksanaan. Sesuatu jemaah itu berperanan sebagai salah satu jemaah di samping jemaah-jemaah lain. Selagi jemaah-jemaah yang ada melakukan sumbangan berasaskan al-Quran dan Sunnah ia pelengkap kepada jemaah lain.

Tetapi apabila sesebuah jemaah merasakan ia adalah satu-satunya bakal membawa kepada perpecahan dan konflik, begitu juga apabila seseorang tokoh merasakan dia adalah satu-satunya yang paling berwibawa, dan pandangannya harus didengar dengan menafikan kewibawaan orang lain, maka sifat sedemikian bakal melahirkan pengikut yang taksub dan lahirnya elemen-eleman ego dan “pemujaan”.

Sikap partisan sebegini amat bahaya terhadap pemikiran dan kemajuan Islam. Ia bakal mencetuskan retak dan perpecahan sesama Islam. Bayangkan kehebatan ulama fekah seperti Imam Shafie, Hambali, Maliki dan Hanafi menyatakan sesuatu yang usul dan furu’ dalam fekah syarie, mereka mengambil sikap yang amat terbuka terhadap persamaan dan perbezaan. Adab ul ikhtilaf atau etika perbezaan menjadi sandaran yang amat hebat di samping persamaan yang didukung.

Bayangkan sekiranya sikap partisan terhadap kebenaran itu tidak dirumus secara bijaksana dan pendekatan yang diambil menyebabkan wehdah atau kesatuan umat tergugat, ia bakal mendedahkan umat Islam dengan asas pecah-belah, syak wasangka, fitnah memfitnah semata-mata atas dorongan 'aku saja yang betul' orang lain semuanya salah.

Keadaan begini akan digunakan oleh musuh-musuh Islam yang strateginya tersusun rapi untuk melagakan sesama umat Islam dan akhirnya bakal melakukan dominasi dan menyebabkan umat Islam terpinggir.

Meletakkan wehdah sebagai yang utama


Oleh : CIKGU SIDEK BABA
Tarikh : December 8, 2011
Wehdah adalah landasan kesatuan umat seaqidah yang menjadikan ALLAH sebagai sumber aqaid atau ikatan, al-Quran sebagai sumber petunjuk dan Rasulullah SAW sebagai sumber qudwah atau contoh ikutan. Wehdah sesama umat adalah penting supaya kekuatan yang dimiliki mampu memelihara maslahah agama.

Umat Islam di mana-mana berada dalam keadaan krisis. Perbezaan pendirian dan sikap menyebabkan permusuhan terjadi. Akhirnya umat menjadi lemah dan menyebabkan pergantungan terhadap orang lain menjadi sesuatu yang tidak boleh dielakkan.

Umat Islam adalah umat dakwah. Jalan dakwah menghasilkan jalur tarbiyyah. Dakwah Islam mendidik warga umat memiliki rasa kasih sayang yang kental dan belas kasihan yang tinggi. Inilah jiwa besar yang dimiliki Rasulullah SAW bila mendekati bapa saudaranya Abu Talib dan berdepan dengan kerenah perempuan Yahudi yang akhirnya memeluk Islam.

Al-Quran dalam Surah Al Asr memberikan kita pedoman, watawasaubil haq, watawa saubissabr – menyatakan yang hak, menuntut setinggi-tinggi kesabaran. Ke mana hilangnya kesabaran yang ada pada kita sehingga fikiran terus tertutup untuk berbicara sesama kita dan melakukan muzakarah. Muzakarah adalah asas kepada binaan ukhuuwwah.

Atas nama warga Islam kita memiliki taqlif atau amanah menjaga maruah warga sesama Islam. Yang kurang kesedaran dan keinsafan, kita cetuskan
kesedaran dan keinsafan tanpa putus asa. Yang lalai dan cuai, nasihat perlu diberikan sebijaksana mungkin. Yang terjebak dengan kemungkaran dan kefasadan harus dicuba untuk ditarik keluar dari belenggu itu.

Islam membawa makna salama atau sejahtera. Apa yang ALLAH kurniakan kepada kita harus dimanfaatkan untuk kesejahteraan orang lain. Darinya akan lahir ukhuuwwah yang tinggi dan rasa kebencian serta dendam kesumat dapat diatasi dengan bijaksana.

Asas wehdah harus dibina dengan sikap khusnuzzan atau sangka baik yang tinggi. Sebelum sesuatu maklumat diterima mengenai sesuatu perkara harus dilakukan kajian dan telitian supaya yang benar diambil dan berbaur fitnah diketepikan. Iblis dan syaitan amat gemar dengan sikap sangka buruk kerana ia selari dengan nafsu serakah yang haiwani.

Umat Islam harus menginsafi bahawa kelompok di luar umat amat suka suasana perpecahan dan krisis. Perpecahan dan krisis apabila berlaku tidak mudah untuk dileraikan. Umat Islam dituntut memahami maksud isu pokok (usul) dan maksud isu rantingan (furuk). Kalau tidak umat Islam bakal terjebak dengan polimik dan krisis berpanjangan dan menyebabkan umat lemah.

Ketentuan terhadap benar dan salah harus diselesaikan secara ilmu. Al-Quran dan Hadith adalah rujukan kita. Seerah Nabawiah atau jalur perjuangan Nabi adalah sumber pedoman kita. Dalam realiti masyarakat dan zaman yang berbeza pendekatan fiqqiyyah dan ijtihadi harus berlaku. Antara maslahah dan maqasid syariyyah perlu ada jalur bijaksana yang sentiasa meletakkan kesatuan ummah (wehdah) sebagai sesuatu yang amat utama.

Justeru sifat dendam kesumat harus digantikan dengan sangka baik yang tinggi. Pemikiran tertutup harus digantikan jiwa muzakarah yang ikhlas. Salah faham harus dijernihkan dengan kesediaan memahami orang lain secara dakwah dan tarbiyyah. Kesilapan yang berlaku tidak harus diulangi sehingga ia menjadi daki-daki dosa yang menghijab hati dan pemikiran.

Lakukan sesuatu kerana ALLAH supaya hikmahnya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Perkara pokok yang menyebabkan wehdah tidak terjadi ialah ego kepimpinan dan taksub pengikut. Pemimpin merasakan dia adalah segala-gala. Sedangkan ilmu yang ada dan pengalaman ditimba masih sedikit. Harus wujud suatu sikap bahawa kita adalah sebahagian daripada kekuatan.

Kekuatan-kekuatan lain ada pada orang lain. Kalau kita berpendapat bahawa kita adalah satu-satunya bukan salah satu daripadanya, takabbur akan mengambil tempat.
Orang yang takabbur tidak akan dirahmati ALLAH. Jiwa yang tawadhuk dikuti dengan prinsip yang benar, diolah secara bijaksana, memahami idealisme dan diseimbangkan dengan pemahaman terhadap realiti mampu memberikan jalan yang terbaik untuk wehdah terjadi.

Kita dan dunia barat berbeza


Oleh : CIKGU SIDEK BABA
Tarikh : November 17, 2011
Kita tidak mengambil sikap menentang Barat kerana Barat itu Barat. Tetapi kita agak hati-hati dengan proses pembaratan. Pembaratan adalah suatu agenda. Globalisasi umpamanya adalah agenda Euro-Amerika terhadap pihak lain. Terdapat pro dan kontra daripada proses globalisasi tersebut.

Kemajuan sains dan teknologi Barat boleh dipelajari kerana terdapat manfaat. Isu pengklonan, teknologi nano, robotik, sel stem boleh dipelajari asal saja dikaitkan dengan etika penggunaannya. Teknologi maya dan siber umpamanya adalah berguna, tetapi berlaku penyalahgunaan yang mengundang kemudaratan.

Dalam tradisi Islam, teknologi selamanya alat dan bukannya matlamat. Matlamat ditentukan nilai guna teknologi itu. Contohnya, komputer sebagai alat berguna sebagai saluran mendapatkan dan menyampaikan maklumat. Tetapi input, perisian dan program dalam komputer memerlukan saringan bagi mengelakkan sebahagian kandungannya boleh membawa mudarat terhadap pemikiran dan mentaliti pengguna. Dalam keadaan penggunaan yang lepas bebas, generasi muda mudah terpengaruh dengan bahan yang disajikan. Program lucah umpamanya mudah dicapai dan boleh merosakkan hati budi generasi muda.

Penyediaan input dan perisian ikut acuan kita adalah cabaran yang terbesar kepada umat Islam. Ini kerana terdapat penyedia program yang mementingkan faktor dagang dan pulangan lumayan. Barat kini menempa suatu proses tamadun cara mereka sejak 700 tahun lalu.

Kita sebagai pengguna terhadap apa mereka hasilkan, jauh lagi menjadi penyumbang untuk kemajuan umat manusia. Oleh itu sebahagian kita menjadikan Barat sebagai indikator maju. Untuk maju mesti ikut cara Barat. Seolah-olah Barat dianggap segala-galanya.

Bukan semua sampah-sarap dan pemikiran ke arah seksualiti di Barat harus kita ambil. Kita adalah umat yang mempunyai sumber ikutan dan pegangan. Jika tidak, agenda Barat yang ingin menjadikan globalisasi sebagai agenda penjajahan bentuk baru akan menjadi suatu realiti.

Contohnya, Barat tidak lagi mengamalkan sistem Keluarga Luas (extended family), malah Keluarga Kecil (nuclear family) jumlah tidak sebanyak mana. Tetapi kecenderungan terhadap pola keluarga yang baru seperti gay dan lesbian adalah sesuatu yang amat berkembang di Barat.

Barat bakal menghadapi krisis genetik yang parah pada masa kini dan masa depan. Keyakinan mereka terhadap sistem kekeluargaan yang fitrah sifatnya sudah menjadi suatu tabo (kejanggalan). Oleh itu, kajian mengenai isu genetik semakin subur di Barat kerana isu kekeluargaan sedang mengalami suatu definisi dan struktur baru.

Konsep pasca-modenisme (post modernism) di Barat sudah menghasilkan corak hidup yang anarki (disorderly) dari sudut kehidupan yang lazim dan fitrah. Umat Islam dituntut dengan struktur hidup yang fitrah di mana pembentukan keluarga dan zuriat amat diutamakan. Inilah asas bagi kesejahteraan hidup manusia supaya landasan agama seperti al-Quran dijadikan pedoman terbaik bagaimana pembinaan keluarga dan juga umat manusia harus berlaku.

Pada masa sama kekuatan akliah dan nafsiah dijadikan seimbang supaya corak amal yang dilakukan mendukung kesejahteraan diri dan juga umat manusia. Fokus terhadap manusia inilah yang menjadi faktor utama perubahan berlaku dengan baik dan terarah.

Perubahan dalam perspektif Barat berbeza dengan Islam. Barat lebih mekanistik dan menumpu kepada penghasilan bentuk.Teknologi tinggi umpamanya adalah bentuk yang dianggap mempunyai kuasa merubah pemikiran dan gaya hidup manusia.

Dalam tradisi Islam, keutamaan diberikan terhadap substance atau isi dan makna perubahan itu kepada manusia. Apabila manusia berubah daripada mengamalkan kemungkaran kepada yang makruf, ini adalah sesuatu perubahan yang fitrah. Isu yang berbangkit ialah teknologi tinggi (high-tech) ada manfaat kepada manusia. Bagaimana pula sentuhan keinsanan (high-touch) yang menuntut kualiti amanah, jujur, ikhlas, adil dan bijaksana perlu ada bagi manusia. Tanpa nilai-nilai murni ini sentuhan keinsanan tidak akan terjadi.

Inilah perbezaan asas yang menyebabkan kecenderungan manusia ke arah gelagat yang lebih haiwani terjadi. Amalan gay dan lesbian, homoseksual dan hetroseks, liwat dan lain-lain sedang dikemukakan oleh kelompok neo-liberalis seolah-olah ini puncak kepada perjuangan hak asasi manusia.

Sekiranya pola budaya seperti itu bakal berkembang dalam masyarakat kita, bayangkan jenis kerosakan yang bakal mempengaruhi masyarakat khususnya generasi muda kita. Ia menuntut tidak saja sikap penolakan yang tinggi terhadap amalan itu tetapi tekad membangunkan semula masyarakat kita mengikut acuan yang fitrah supaya kita ini lebih manusiawi dalam binaan watak dan gelagat.

Memartabatkan Bahasa Melayu


Oleh : CIKGU SIDEK BABA
Tarikh : November 24, 2011
Ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa adalah sesuatu yang keramat bagi yang memahami kepentingan bahasa membangunkan citra berfikir pengucapnya. Bahasa tidak saja sebagai alat komunikasi yang sifatnya mekanistik dan arbitrari, tapi ia terkandung pemikiran yang memberi pedoman kepada manusia tentang buruk-baik akan sesuatu atau manfaat-musibatnya terhadap sesuatu.

Oleh itu Bahasa Melayu yang ingin dimartabatkan kembali adalah bahasa yang terkandung dalam dirinya sistem nilai, kualiti ilmu dan etika. Memartabatkannya dalam sistem pendidikan bermakna memartabatkan ciri-ciri berfikir yang beretika dan upaya pengucapan yang serasi dengan fitrah. Apabila Bahasa Melayu melalui proses keMalaysiaan ia berkembang dalam lingkungan masyarakat majmuk yang pada hakikatnya amat mengutamakan kepentingan nilai dan etika. Lalu pengucapan masyarakat penggunanya menjadi lebih tertib kerana bahasa itu adalah cerminan bangsa Malaysia itu sendiri.

Seperti halnya pengucap Bahasa Inggeris, tidak saja etos atau budaya, yang ingin disemai ialah, menjadikan pengucapnya berjiwa Englishmen tapi dalam masa sama, terkandung norma-norma Barat yang akhirnya menyebabkan kecenderungan menjadikan Barat segala-gala. Sesetengah orang kita apabila mengungkap sesuatu dalam Bahasa Inggeris terasa dirinya moden, dipandang tinggi dan kebaratan sementara berucap dalam bahasa ibunda terasa tidak moden, tidak internasional, kerdil dan sengkek.

Ini menyebabkan fokus kepada Bahasa Inggeris jauh lebih utama dan dikaitkan Bahasa Inggeris itu sebagai bahasa kemajuan dan kemodenan. Mempelajari bahasa ibunda membawa kepada kemunduran dan ketinggalan, rendah diri dan kejakunan. Kita lihat Perancis jiran United Kingdom menggunakan bahasa Perancis untuk maju. Hal yang sama berlaku di Jerman, Belanda, Sweden, mereka maju dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Tidak timbul masalah psiki yang mengatakan, menggunakan bahasa ibunda boleh menyebabkan kemunduran.

Hal sama seperti Timur Jepun, Korea Selatan dan China. Kekuatan bahasa ibunda mereka menyebabkan bangsa ini menjadi maju dengan tidak menolak kepentingan Bahasa Inggeris dipelajari dan bahasa lain diraikan.
Filipina dan India sejak kemerdekaan guna Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, tidak pula maju seperti negara lain. Ia membuktikan bukan isu Bahasa Inggeris yang menjadi persoalan, tetapi ia menyangkut tentang budaya berfikir dan ilmu bagi masyarakatnya yang terbuka untuk belajar di Barat dan dalam masa sama amat teguh dan kukuh dengan jati dirinya.

Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasa Bahasa (MBMMBI) adalah langkah bijaksana meletakkan kedua-dua bahasa itu pada tempat yang wajar. Perlembagaan Malaysia Perkara 152 mengkanunkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Akta Pendidikan 1996 mensyaratkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan kita. Ia harus diterima seluruh warga merdeka.

Terbukti sejak usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem, baik di sekolah mahupun di institut pengajian tinggi awam ribuan pelajar kita berjaya dengan cemerlang dan sebahagiannya mampu membuat bidang kepakaran dan perlanjutan pengajian hingga ke tahap yang tertinggi dalam Bahasa Inggeris. Kalau dengan Bahasa Melayu para pelajar kita boleh berjaya dengan cemerlang atas alasan apa subjek Matematik dan Sains perlu diajar dalam Bahasa Inggeris.

Mempelajari Bahasa Inggeris ialah dengan memperkukuhkan pengajaran bahasa dan sasteranya. Kurikulum bahasa harus disusun semula supaya ia sesuai dengan etos Malaysia, kualiti gurunya harus lebih baik tidak saja di bandar tetapi di luar bandar, metodologi pengajarannya harus terkini dengan makmal bahasa yang sifatnya membantu. Corak pengukurannya tidak saja kepada aspek nahu dan ayat tetapi harus diutamakan pendekatan yang sifatnya komunikatif.

Sekiranya masa pengajaran-pembelajarannya ditambah, tidak ada sebab penguasaan Bahasa Inggeris menjadi tidak berkesan. Memartabatkan Bahasa Melayu tidak harus dilihat secara rasis oleh mana-mana pihak kerana memperkasa Bahasa Inggeris dan membenarkan bahasa ibunda kaum lain dipelajari adalah suatu kebitaraan dalam sistem pendidikan kita. Sekiranya setiap warga kita yakin akan maksud Perlembagaan dan Akta Pendidikan ia bakal mengukuhkan resam di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung.

Wednesday, June 17, 2009

Bapa mengimbangi didikan anak lelaki

Bersama Prof Dr Sidek Baba

STATISTIK menunjukkan peratusan pelajar lelaki semakin berkurangan memasuki institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta di Malaysia. Statistik juga menyatakan anak lelaki ramai terbabit masalah salah guna dadah, berada di pusat serenti, terbabit dengan ‘mat rempit’, terjebak bencana Aids/HIV dan jenayah juvana.

Tentu ada sebab yang melatari perkara ini. Antara dikenal pasti ialah cara keluarga mengasuh dan membesarkan anak lelaki serta persekitaran yang banyak mempengaruhi mereka. Anak lelaki daripada sudut bawaan psikologi dan jasmani tidak sama dengan anak perempuan.

Umumnya, anak perempuan lebih patuh dan taat kepada ibu bapa. Anak perempuan lebih tekun mempelajari ilmu dan berjaya dalam pelajaran.

Anak lelaki dari sudut psikologi lebih suka menarik perhatian, aktivitinya perlu diraikan, kelasakan terlihat, jiwa memberontak tinggi, tidak mudah mendengar tunjuk ajar ibu bapa, lebih santai dan bersahaja, suka meniru dan mencontohi, selain kuat terpaut dengan rakan sebaya.

Fokus atau tumpuan kepada anak lelaki amat dituntut sama ada dalam keluarga mahupun di bangku persekolahan. Ia penting daripada sudut keluarga, masyarakat dan negara. Pembinaan keluarga yang ceria dan bahagia bergantung kuat kepada jenis lelaki yang bakal menjadi suami. Jika suami orang berilmu, amanah, penyayang, penyabar dan sentiasa menjadi contoh kepada isteri dan anak, rumah tangga akan bahagia.

Rumah tangga yang lelakinya lepasan pusat serenti, terbabit dengan penagihan dadah, terjebak dalam kenakalan muda dan remaja, ilmu pengetahuan dan kelulusan yang rendah, rumah tangga cenderung menghadapi masalah dan musibah.

Inilah dilema wanita dalam mencari pasangan hidup. Setiap wanita memerlukan pasangan lelaki yang amanah, bertanggungjawab, mempunyai jiwa pengasih dan penyayang tinggi dan selalu memberi tunjuk ajar kepada isteri dan anak. Banyak kes perceraian, penderaan, sifat bengis dan garang suami yang tidak bertempat menyebabkan ruamh tangga gagal dan anak kehilangan contoh yang baik di rumah.

Tumpuan perlu diberi pada setiap tahap dan peringkat pendidikan anak lelaki dengan didikan dan asuhan terbaik. Ia tidak bermakna pendidikan anak perempuan diabaikan. Fokus terhadap pendidikan anak lelaki bermakna komunikasi lebih tinggi antara ibu bapa dengan mereka.

Ibu memiliki sifat kasih sayang yang tinggi. Sejak awal kelahiran lagi perhatian kepada anak lelaki harus dititikberatkan. Bapa pula adalah pemimpin dalam keluarga. Bapa harus ada wibawa mendidik dan membentuk watak anak kerana pada bapalah contoh terbaik bagi anak lelaki yang suatu ketika nanti bakal menjadi bapa.

Bapa dicontohi kerana kewibawaannya sebagai suami dan pelindung ibu dan anak. Ibu dicontohi kerana kualiti kasih sayang , kelembutan dan kesantunan yang perlu bagi mengimbangkan disiplin, ketangkasan serta aktiviti pada anak lelaki. Bapa lazimnya mempunyai kualiti yang bakal diteladani anak kerana bapa adalah pemimpin keluarga.

Menjadi bapa tidak semudah menjadi suami. Bapa mempunyai tanggungjawab besar menentukan ibu mendapat keadilan dan kasih sayang. Bapa perlu berilmu dan ketrampilan mendidik supaya anak lelaki dibesarkan dalam keperluan bakat, naluri yang ada, begitu juga anak perempuan.

Bayangkan gambaran bapa yang bengis, hilang daya komunikasi dengan anak lelaki, tidak cuba memahami gelojak jiwa mereka, kurang arif menyatakan salah benar, boleh dan tidak boleh akan sesuatu menyebabkan anak lelaki hilang tempat rujukan serta putus tempat mengadu. Anak lelaki ini tidak berasakan rumah tempat selamat baginya dan bapa adalah pengimbang didikan serta asuhan terbaik.

Anak lelaki jangan dibiarkan berwatak lasak tanpa ditanamkan perasaan malu bertempat, pedomankan aktiviti jasmaninya supaya sentiasa dalam adab dan kesantunan. Kelasakan fizikal perlu diimbangi dengan ketangkasan minda dan keteguhan rohaniah.

Peribadi anak lelaki yang baik ialah cerdas akal fikirnya, hebat daya juangnya dan murni jalan hatinya.

Anak lelaki yang mempunyai peribadi seimbang bakal menjadi suami baik yang sifatnya menjadi teladan. Gadis kurang masalah mencari pasangan yang baik dan dipercayai. Keluarga akan ceria dan bahagia kerana bapa adalah seorang yang amanah.

Bapa yang berkualiti menjadikan pendidikan anak suatu keutamaan. Jika setiap keluarga memberikan fokus seimbang dalam melakukan pendidikan khususnya anak lelaki, jumlah generasi lelaki bermasalah akan dapat dikurangkan.

Bapa perlu mempunyai ilmu kebapaan. Ketrampilan mendekati anak lelaki dengan adab, disiplin, kesantunan menerusi daya komunikasi yang tinggi supaya bapa menjadi sumber rujuk dan teladan bagi anak lelaki sehinggalah anak lelaki boleh mandiri dengan bakat dan kebolehannya.

Jika isu anak lelaki dapat dijadikan agenda keluarga, sekolah, masyarakat dan negara, masalah ketirisan anak lelaki di tempat strategik dalam keluarga, masyarakat, kepakaran, kepemimpinan, sektor profesional boleh diatasi dengan berkesan. Keluarga adalah ejen perubah dan pembentuk yang paling utama kepada anak, khususnya anak lelaki.

Ibu bapa saling berkasih pengaruhi akhlak anak

Bersama Prof Dr Sidek Baba

IBU sering dirujuk sebagai faktor penting dalam pendidikan. Bapa tidak kurang penting membentuk anak dalam kepemimpinan. Bapa adalah lambang ketua dalam sebuah rumah tangga.

Didikan ibu dan kepemimpinan bapa boleh memberi perlindungan kepada isteri dan contoh kepada anak.

Menjadi suami adalah mudah. Perkahwinan boleh memberikan gelaran suami tetapi, menjadi seorang bapa adalah peranan yang payah.

Watak bapa tidak sama dengan watak ibu, tetapi Allah menjadikan mereka berpasang-pasang untuk melakukan peranan saling melengkapi.

Bapa perlu insaf bahawa pada ibu ada peranan penting untuk membentuk watak anak. Ia bukan monopoli bapa tetapi menjadi tanggungjawab bersama.

Semangat kebapaan perlu wujud dalam suasana keluarga. Kebapaan kepada ibu, meletakkan ibu dilihat sebagai sumber amanah.

Bapa harus berasakan bahawa ibu adalah amanah Allah yang besar. Ibu perlu dikasihi dan disayangi. Semangat kebapaan memberi perlindungan, tunjuk ajar, bimbingan dan rasa persefahaman dengan ibu. Ia bakal mewujudkan suasana rumah tangga harmoni dan damai.

Bapa tidak boleh mengatakan dia adalah segala-gala dalam rumah tangga. Perlu ada komunikasi dan persefahaman tinggi bahawa ibu bapa mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam keluarga.

Konflik akan berlaku jika ego bapa menyebabkan ibu sering tersinggung dan kepemimpinan keluarga menjadi monopoli bapa.

Wujudkan suasana selesa dalam rumah. Pandangan ibu boleh didengar, pertanyaan anak boleh dijawab dan akhirnya bapa membuat pertimbangan serta keputusan terbaik sebagai ketua keluarga.

Jika wujud pertelagahan antara bapa dan ibu, bapa harus mencari jalan penyelesaian saksama.

Ego kebapaan jangan sampai si ibu memendam perasaan, takut memberi pendapat, sentiasa mengikut telunjuk bapa, bapa selamanya benar hingga menyebabkan ketegangan sering wujud dalam keluarga.

Bapa perlu menyedari dirinya tidak semua sempurna. Kekurangan tetap ada. Ia memerlukan pandangan ibu dan saluran perbincangan sentiasa terbuka. Keadaan ini akan memberikan suasana melegakan dalam rumah tangga apabila pandangan terbaik diambil bagi membantu bapa untuk membuat keputusan.

Ada pengalaman bapa yang tidak ada pada ibu dan pengalaman mendidik yang dilakukan ibu, tidak ada pada bapa.

Selalunya banyak masa ibu bersama anak atau mengendalikan perjalanan rumah berbanding bapa. Seorang bapa yang baik selalu menginsafi bahawa fikiran ibu akan diminta dan keputusan dibuat untuk kebaikan keluarga dan anak adalah pertimbangan bersama.

Pada bapa ada sifat tegas dan tangkas. Anak perlu dilatih supaya memiliki watak tegas dan tangkas. Masalah anak hari ini adalah masalah ketiadaan disiplin dan kehilangan adab. Watak bapa yang tegas harus difokuskan untuk membangun disiplin anak.

Bapa perlu menjadi contoh kepada binaan disiplin ini. Jika bapa mahukan anaknya jangan merokok, bapa juga jangan merokok. Jika bapa mahukan anak menjadi berakhlak, awal pagi bapa perlu mengejutkan anak untuk bersolat Subuh dan menjadikan anak tidak lupa kepada waktu solat lain.

Bapa perlu mampu membentuk adab anak mengasihi ibu bapa dan orang tua. Menghormati jiran dan rakan taulan jadikan suatu amalan. Ada rasa malu terhadap perkara terlarang. Timbulkan kecintaan kepada amalan baik. Rasa malu terhadap perkara dosa seperti bercakap bohong, menganiaya manusia dan binatang, merosakkan harta awam dan berbangga terhadap sesuatu. Sifat kebapaan yang memiliki watak tegas boleh menjadikan anak terbiasa dengan disiplin dan kelaziman hidup yang santun.

Bapa juga perlu menjadikan anaknya tangkas. Ketangkasan tidak hanya terlihat pada aktiviti jasmani tetapi ketangkasan berfikir.

Bapa perlu berbincang dan berkomunikasi dengan anak. Anak yang rajin bertanya memberi kesan baik ke arah ketangkasan berfikir. Anak yang kelihatan lembik pada fizikal dan lemah upaya berfikir adalah akibat tiadanya suasana di rumah yang boleh merangsang ke arah itu.

Disiplin tinggi, adab baik, ketangkasan fizikal dan pemikiran adalah kunci membangun anak yang baik. Bapalah sepatutnya berperanan membentuk watak sedemikian.

Kegagalan anak dewasa ini akibat daripada kealpaan bapa memberikan bimbingan dan asuhan hingga ibu melakukan segala-galanya dan bapa hanya bertugas mencari nafkah.

Perlu diinsafi bahawa rumah tangga adalah tapak utama untuk asuhan dan didikan berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga bakal mencorakkan kejayaan anak di sekolah.

Keciciran anak di rumah kerana kealpaan bapa dan ibu menyebabkan keciciran anak di sekolah. Keciciran di sekolah boleh membawa keciciran dalam masyarakat.

Bapa perlu sentiasa berasakan ibu adalah harta didik yang sangat berkesan kepada anak. Menyayangi dan melindungi ibu seumpama mengasihi anak kerana ibu yang jiwanya tenang dan dikasihi bapa akan sentiasa memiliki kekuatan melaksanakan tanggungjawab mendidik.

Bapa hendaklah memberikan masa berkualiti tidak saja di tempat kerja tetapi kepada isteri dan anak.

Pada bapa ada hak isteri terhadapnya dan hak anak terhadapnya. Jika hak ini disempurnakan oleh bapa sebaiknya, rumah tangga dan keluarga akan menjadi bahagia dan contoh terbaik kepada orang lain.

Apabila bapa melihat ibu adalah aset dan anak adalah harta, akan wujud perimbangan daripada sudut peranan dan tanggungjawab. Wang ringgit bukanlah segala-galanya untuk dicari. Jika fokus tidak diberi bapa untuk membantu ibu mendidik anak, maka kemungkinan keluarga ’kehilangan anak’ boleh berlaku.

Bayangkan jika bapa tidak melakukan peranan dan tanggungjawabnya menyebabkan anak terjebak dengan amalan salah guna dadah, ia tidak boleh ditebus dengan wang ringgit lagi. Nasi sudah menjadi bubur.

Anak yang terbabit dengan dadah adalah beban kepada keluarga dan negara.

Begitu juga anak yang terbabit dalam kerosakan akhlak disebabkan tidak wujudnya suasana contoh di rumah. Keluarga menjadi tempat tidak selesa membentuk watak dan akhlaknya.

Bapa hanya sibuk di tempat kerja atau mencari duit tambahan. Anak menjadi terbiar. Percampuran dengan rakan sebaya adalah tinggi. Akhirnya anak terjebak dengan amalan negatif dan sukar untuknya berpatah ke pangkal jalan.

Bapalah watak penting yang perlu bertanggungjawab terhadap ibu dan anak. Jika peranan itu berjalan dengan baik dan saksama, ibu menjadi manusia paling gembira dan anak menjadi anggota keluarga yang amat berbahagia.

Pembudayaan insan Malaysia wajar ikut Al Quran

Bersama Prof Dr Sidek Baba

MAKSUD budaya dalam pengertian mudah ialah gabungan budi dan daya. Budi adalah sesuatu yang murni dan baik terpancar daripada hati, sementara rasa adalah upaya diri menterjemahkan nilai murni dalam kehidupan.

Apabila percakapan seseorang santun dan sopan, ia dikatakan selari dengan budi. Apabila amalan dan perbuatan seseorang berasaskan amanah, jujur dan adil, ia adalah pancaran daya yang tinggi.

Fahaman sesetengah orang mengenai budaya hanya dikaitkan dengan seni dan hiburan sebagai sebahagian aspek budaya tetapi maksud budaya adalah lebih luas. Budaya menggambarkan cara hidup sesuatu bangsa yang berbeza dalam masyarakat berbilang. Yang perlu disuburkan ialah nilai budaya tinggi yang mengangkat martabat kemanusiaan hingga tahap tamadun.

Kini kita menghadapi pengaruh budaya popular Barat. Ia tidak saja terpancar daripada asas berbeza tetapi banyak bercanggah dengan budaya santun pernah wujud dalam masyarakat yang mengutamakan nilai dan etika baik.

Budaya santun bermaksud bagaimana pancaran seni tinggi memberi makna hebat terhadap kehidupan. Genre pantun, seloka, gurindam, bayt, nazam dan qittah umpamanya adalah seni puisi yang memancarkan kata santun, enak di dengar dan memberi kesan kepada jiwa serta emosi kerana terkandung mesej tersendiri.

Ada salah faham terhadap maksud budaya Barat di kalangan generasi muda Islam. Jika budaya itu diibaratkan suatu cara hidup, aspek positif dari Barat seperti kecintaan kepada ilmu dan kaji-selidik, kegemaran membaca, berfikir dan berbincang, tradisi mengutamakan cara hidup demokratis tidak dijadikan pedoman terbaik.

Sebaliknya, lagu yang tidak keruan, muzik hilang arah, pakaian kehilangan identiti, filem yang merangsang keganasan dan kelucahan dijadikan sumber ikutan serta kebanggaan hingga menyebabkan generasi muda hilang cinta kepada diri sendiri dan akhirnya lahir rasa ketagih terhadap seni popular yang merangsang nafsu-nafsi.

Pemahaman terhadap maksud budaya harus jelas dan sifatnya menyumbang kepada proses pembudayaan yang mendukung nilai tinggi dan beradab. Dalam tradisi Islam, proses pembudayaan bermula dengan pemerkasaan akidah sebagai asas membina sistem kepercayaan.

Ia dikembangkan dengan pengukuhan ibadah yang tidak saja memberi fokus kepada keteguhan nilai rohaniah tetapi terpancar dalam amal dan perbuatan. Amal perbuatan dipandu aturan dan batasan supaya tidak bercanggah dengan keperluan serta kepentingan syarak.

Pancaran aqidah yang tinggi mempertautkan keimanan manusia dengan Pencipta menghasilkan rasa kehambaan dan kekhalifahan tinggi. Ia perlu menjadi sandaran dalam melakukan aktiviti kehidupan yang memberikan batasan benar dan salah, makruf dan mungkar.

Puncak daripadanya lahir akhlak dan peribadi insan mendukung nilai adab yang akhirnya mampu mendukung lahirnya sebuah tamadun. Inilah asas terhadap proses pembudayaan dalam Islam.

Dalam situasi masyarakat berbilang, banyak asas budaya yang terpancar daripada tamadun mereka yang boleh disaring, diadaptasi dan pengharmonian supaya nilai tinggi daripada tamadun yang pelbagai mampu diolah dengan bijaksana, kreatif supaya dapat dicetuskan acuan budaya membimbing ke arah persefahaman serta kasih sayang.

Seni bunyi dan silat umpamanya boleh dikembangkan secara bersepadu supaya wujud seni memancarkan masyarakat Malaysia yang berbilang. Daripadanya wujud pengertian baik terhadap persamaan dan perbezaan. Persamaan dan perbezaan dapat diterima dengan baik jika wujud keramahan dan harmoni dalam memberikan apresiasi serta penghargaan terhadap seni tinggi sesuatu bangsa.

Oleh kerana budaya itu membawa maksud kehidupan atau cara hidup, penting proses pembudayaan di Malaysia dibangunkan secara murni dan sihat. Nilai murni yang disemai dalam sistem pendidikan seharusnya lebih kreatif untuk membentuk daya fikir dan apresiasi kerana tanpa nilai murni pelajar akan disemai dengan fahaman individu, kebendaan dan nafsu-nafsi yang akhirnya membuka jurang pemisah antara kaum dalam batas sosioekonomi sempit.

Proses pembudayaan dalam masyarakat Islam harus menjadikan nilai al-Quran sebagai teras yang sifatnya terbuka untuk menerima unsur budaya lain sesuai dengan fitrah insani. Bagi masyarakat bukan Islam, harus wujud kecenderungan memperkasa unsur budaya positif dan sihat berasaskan nilai murni supaya jalan fitrah yang menghubungkan kelainan dan perasaan dapat disambung.

Pendakwah mesti kreatif, proaktif

Oleh Prof Dr Sidek Baba



ISLAM adalah agama yang lengkap. Nabi Muhammad saw dibentuk peribadinya dalam tempoh 23 tahun untuk menjadi contoh umat sezamannya dan terkemudian. Baginda mempunyai qudwah atau contoh sempurna untuk dijadikan sumber ikutan. Kualiti maksum yang ada pada Rasulullah menjadi sebaik-sebaik contoh pesuruh yang memiliki kecacatan sifar yang membolehkan manusia meneladaninya dengan baik.


Qudwah Rasulullah menghubungkan Islam sebagai agama dakwah dan tarbiah. Jalan dakwah dan tarbiah ini pula menempuh banyak dugaan dan cabaran.

Pendakwah terdahulu diuji dengan pelbagai bentuk ujian, tetapi kesabaran mereka dalam menyatakan yang hak, amat luar biasa. (Watawa saubil haq watawa saubis sabr).

Dustur atau rukun dakwah yang berasaskan bil hikmah wal mauizatil hasanah, wajadilhum billati hia ahsan sentiasa menjadi obor kekuatan dalam membina uslub antara gagasan yang besar dengan hakikat yang serba bejat dan mencabar.

Mereka melakukan olahan bijaksana, menekuni bidang keilmuan yang pelbagai, menampilkan contoh sahsiah yang dihormati dan mampu menampilkan jalan alternatif yang sezaman sifatnya. Dengannya wawasan besar Islam dapat disuburkan secara teratur dan berkesan.

Namun, sepanjang zaman itu juga ada pemeluk Islam bangun dalam orientasi atau suasana dewasanya dengan sentuhan ilmu, rempuhan pemikiran, corak amalan dan budaya hidup yang tidak serasi dengan faham Islam yang syamil atau sempurna.

Ada umat Islam yang syahadahnya Islam, tetapi jelmaan amalnya banyak yang bercanggah dengan roh syahadah yang begitu hebat maknanya. Ada umat yang istiqjal atau gopoh, yang mahukan umat berubah ke arah lebih baik dalam masa segera. Sayangnya, pendekatannya tidak mengambil kira faktor tahap kefahaman seseorang, latar pendidikan dan suasana di mana seseorang itu berada.

Ia menuntut pendekatan atau metodologi bagaimana usaha dakwah dan tarbiah dapat dilakukan supaya pintu minda dapat diketuk dengan kalimah kebenaran.

Begitu juga, pintu hatinya dapat diresapi dengan risalah murni yang membawanya kembali kepada fitrah.

Jalan dakwah itu penting diambil. Hal itu supaya di celah-celah lopak pertentangan politik kepartian, faham kelompok dalam jemaah, di tengah-tengah simpang siur globalisasi dan pengaruh media cetak serta elektronik yang serba menghambat, terbina jalan mengajak manusia kepada wehdah atau kesatuan umat secara bijaksana.

Di tengah-tengah kemelut manusiawi yang pelbagai, tersebar kalimah tarbiah disuburkan di hati insan supaya lahir perasaan kasih sayang dan belas kasihan yang tinggi. Hal ini bakal mendorong daie dan murabbi mendekati hati yang mati dan rasa yang sudah binasa.

Kemungkaran dari sudut seorang daie dan murabbi atau pendakwah dan pendidik perlu jelas. Tetapi, jiwa daie dan murabbi yang memiliki belas kasihan dan kasih sayang yang tinggi akan sentiasa mencari jalan terbaik bagaimana hati-hati yang mati didekati. Begitu juga bagaimana rasa yang binasa dihidupkan semula.

Kesabaran kental dalam menyatakan kebenaran dan hak serta kebijaksanaan dalam mendekati pelaku kemungkaran dan mengolah strategi akan mengukuhkan perjuangan dakwah.

Bayangkan seseorang daie dan murabbi tidak memiliki rasa kasih sayang dan belas kasihan yang tinggi yang menyebabkan terputusnya tali-temali dakwah. Begitu juga kebencian mereka terhadap perbuatan seseorang sama seperti kebencian terhadap orangnya.

Jika ini keadaannya, pasti perubahan sukar untuk berlaku dan kemungkaran akan terus bermaharajalela.

Hakikatnya, meskipun Islam itu agama sempurna, tetapi pemeluknya mempunyai banyak kekurangan. Ada yang memahami Islam sebagai agama rohaniah semata-mata, tanpa menghubungkan agama itu dengan tanggungjawab keilmuan, membangun keluarga, taklif sosial, amanah pendidikan dan sebagainya. Ia tidak menampilkan Islam sebagai suatu cara hidup yang boleh dicontohi.

Akhirnya, kepincangan umat akan berterusan kerana kecenderungannya lebih banyak terhadap perkara asas dan ketidakmampuan mengembangkan faktor asas supaya natijahnya membangun sistem.

Daie dan murabbi harus memiliki ilmu asas Islam secara baik. Dirinya harus menjadi contoh dalam hal kebijaksanaan, kesabaran, tasamuh atau tolak ansur. Ia juga perlu memiliki pengertian mendalam mengenai keperluan manusia dikembali dan dikekalkan dalam keadaan fitrah.

Perkara itu bertambah penting, pada era teknologi maklumat dan telekomunikasi yang kepentingan alat lebih banyak digunakan bagi mengembangkan maklumat dan alat perhubungan. Namun, hakikatnya ia belum tentu mampu membangun minda manusia, menunjuk jalan kebenaran atau memberi keinsafan terhadap pentingnya budaya pesan memesan ke arah kebaikan dan kemakrufan serta budaya tukar menukar maklumat untuk mendekatkan manusia kepada Tuhannya.

Oleh itu, pendakwah dan pendidik mesti bersedia untuk mengharungi cabaran dan ujian yang lebih getir. Hal ini kerana kesyumulan Islam tidak akan dapat diterjemah tanpa tekad tinggi semua pihak bahawa cabaran globalisasi adalah besar sekali.

Ia dapat dilakukan dengan tekad dakwah tinggi dan sifat murabbi yang dapat dicontohi, terutama yang mampu menjadi daya tarik umat, khususnya generasi muda ke arah pemikiran yang lebih fitrah dan budaya hidup yang lebih terarah.

Ia menuntut pengolahan dan pendekatan dakwah kreatif dan proaktif kerana minat di kalangan sasaran hari ini berubah dengan pesatnya.

Di kalangan daie dan murabbi seharusnya bersedia terjun ke tengah-tengah gelanggang menangani cabaran yang sebenar, bukan sekadar mengungkapkan gagasan Islam yang besar.

Tetapi tidak dapat difahami oleh sasaran, khususnya generasi muda yang jurang kefahamannya dengan pengaruh sekitarnya yang cukup membimbangkan. Di sini, letaknya kebijaksanaan dan kesabaran pendakwah dan pendidik merancang lantaran musuh Islam, bukan saja merancang, malah sedang melaksanakannya.

Pendirian liberal antara ancaman terhadap akidah

Prof Sidek Baba

ADA segelintir umat Islam mudah terpesong akidahnya disebabkan mereka kurang memahami serta mendalami Islam sepenuhnya.

Keadaan itu turut diancam oleh fahaman Islam liberal yang mula menular serta mempengaruhi masyarakat Islam kebelakangan ini sehingga menimbulkan rasa bimbang banyak pihak.

Buku Islam Liberal yang turut menjelaskan secara terperinci ciri aliran fahaman itu bertujuan menyedarkan umat Islam agar berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah.

Secara umumnya, Islam Liberal adalah aliran yang menolak kesepakatan ulama serta mentafsirkan al-Quran dan Hadis mengikut hukum akal.

Golongan ini dianggap begitu ghairah untuk menyebarkan ilmu agama, bagaimanapun apa yang mereka sangkakan betul sebenarnya tidak menepati al-Quran dan Sunnah, malahan sebaliknya tafsiran dan penjelasan mereka mengelirukan serta boleh menggugat akidah umat Islam.

Golongan Islam liberal menggunakan ayat al-Quran mengikut kepentingan mereka sehingga ia kelihatan seolah-olah menyokong walaupun tafsiran itu akan menyebabkan sesuatu ayat bercanggah antara satu sama lain.

Pendokong Islam liberal berasa pegangan umat Islam kepada agama menghalang kebebasan hak mereka seperti soal halal haram dan poligami.

Berikutan itu, mereka cuba mentafsirkan semula nas agama dengan tafsiran yang dapat disesuaikan dengan pegangan barat sehingga secara tidak langsung menimbulkan kekaguman dan pemujaan terhadap nilai barat.

Apabila keadaan ini berlaku, akidah mereka berubah seperti pemikiran barat sehinggakan peraturan Islam yang bercanggah dengan iklim barat dianggap bagaikan musuh mereka.

Buku Islam Liberal turut memperincikan tiga jenis ancaman seperti yang ditulis Pensyarah Bahagian Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Tiga ancaman berkenaan ialah penyelewengan golongan yang melampau, ancaman Intihal al-Mubtilin (dakwaan palsu golongan yang batil) dan ancaman Takwil al-Jahilin iaitu golongan yang cenderung metakwilkan nas agama bertentangan dengan kaedah disiplin ilmu Islam yang betul.

Buku Islam Liberal mengemukakan perbahasan al-Quran dan Sunnah bagi menjawab segala persoalan yang timbul akibat pergerakan misi Islam liberal di Indonesia sebelum cuba dilanjutkan di Malaysia.

Oleh itu, pembaca seharusnya mendapatkan buku ini bagi mendapatkan pemahaman dan pengetahuan secara terperinci mengenai padangan Islam liberal serta menjadikannya sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan ini selain memastikan akidah sentiasa terpelihara.

Islam angkat daya intelek Melayu

Pedoman al-Quran berhasil mengetepikan kepercayaan tahyul, syirik

MELAYU satu bangsa dan Islam adalah agama. Kewujudan bangsa Melayu itu adalah suatu fitrah. Al-Quran memberikan asas bahawa manusia dijadikan berbangsa-bangsa ( surah al-hujurat, ayat 13).

Bangsa Melayu adalah salah satu bangsa yang wujud di dunia. Islam ialah ajaran dan agama yang datang daripada Allah. Diturunkan al-Quran kepada Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada manusia supaya mendapat petunjuk dan membina takwa.

Al-Quran turun kepada bangsa Arab. Bermula dengan Rasulullah SAW, kemudian berkembang kepada bangsa lain termasuk Melayu, Cina, India dan lain-lain. Islam adalah agama rahmat, ajarannya mendukung sifat alamiah, ia tidak terbatas kepada bangsa Arab tetapi juga kepada seluruh bangsa yang ada di dunia ini.

Bangsa Melayu pada asalnya menganut faham anamisme. Kemudian ditindikkan keyakinan Melayu dengan agama Hindu dan Buddha. Melayu yang anamisme, Hindu dan Buddha dibentuk oleh kepercayaan dan cara hidup yang sesuai dengan ajaran agama itu. Apabila Islam datang, cara berfikir, tradisi dan budaya yang dibina dan cara beribadah adalah mengikut jalan Islam.

Islam membebaskan keyakinan orang Melayu daripada faktor tahyul dan syirik. Islam mengangkat minda dan intelek orang Melayu supaya berfikir selari dengan fitrah akal. Islam tidak saja suatu sistem kepercayaan tetapi ia mengatur kehidupan.

Islam dalam sejarahnya di Alam Melayu sudah membangunkan suatu tamadun sama ada dalam kepemimpinan dan kepengikutan mahupun dalam karya yang terhasil serta sistem pendidikan yang berlangsung.

Bangsa Melayu menjadi hebat kerana ajaran Islam. Ajaran Islam menjadikan orang Melayu beralih daripada menyembah berhala kepada menyembah Allah yang satu. Dari situ lahirnya kesedaran tauhid bahawa Allah adalah Pencipta bukannya direkabentuk seperti berhala dan benda hasil buatan manusia kemudian disembah sebagai tuhan.

Bangsa Melayu menjadi hebat kerana dilatih taat kepada imam dan pemimpin selagi imam dan pemimpin tidak melakukan perkara terlarang. Al-Quran, sumber utama ajaran Islam tidak saja menghasilkan kisah manusia terdahulu untuk dijadikan teladan bagi orang terkemudian tetapi mengajar bangsa Melayu mengenai prinsip hidup, kekeluargaan, masyarakat dan negara.

Al-Quran juga mengatur kehidupan orang Melayu dengan prinsip syariah atau hukum, mengetahui benda yang makruf dan mungkar, wajib dan haram supaya orang Melayu tidak melampaui batas. Daripada ajaran itu, bangsa Melayu membentuk budaya hidupnya selari apa yang terkandung dalam al-Quran.

Oleh itu, kekuatan bangsa Melayu tidak dapat dipisahkan dengan ajaran Islam. Islamlah yang membentuk jalan berfikir, jalur budaya dan pedoman hidup yang mendorong mereka untuk maju dan cemerlang tidak saja di dunia, juga di akhirat.

Hal yang sama juga berlaku kepada bangsa Arab dan juga bangsa lain. Mereka mampu membina tamadun dan menghasilkan penerokaan ilmu sains dan teknologi kerana menerima perisyaratan dan pedoman daripada al-Quran.

Al-Quran menjadi sumber petunjuk untuk membangunkan jiwa tadabbur (kaji selidik), mengajak mereka berfikir mengenai tanda kebesaran Allah. Terdapat kira-kira 2000 ayat al-Quran memberi pedoman perkara sains yang akhirnya mencetuskan Baghdad dan Andalusia dalam satu siri tamadun menakjubkan.

Bangsa Melayu yang ditindikkan dengan Islam mendukung maksud ummah dalam erti kata yang luas. Al-Quran memberi pedoman mengenai konsep khaira ummah atau umat terbaik sebagai asas kejayaan.

Umat terbaik terdiri di kalangan bangsa yang melakukan hal makruf, mencegah kepada yang mungkar dan beriman kepada Allah. Apabila bangsa Melayu cintakan kebaikan, bencikan kejahatan dan sentiasa menghubungkan perbuatan serta gelagatnya untuk mendapatkan keredaan Allah, maka bangsa Melayu menjadi sebahagian daripada umat Islam yang berjaya, maju dan cemerlang.

Umat Melayu bertukar menjadi sebahagian umat yang lebih besar. Makna alamiah dalam Islam menjadikan dukungan terhadap tamadun mengatasi dukungan terhadap bangsa itu sendiri. Apabila asas tamadun Islam dijadikan landasan membangunkan kekuatan berfikir, kehebatan bekerja, kebaikan peribadi umat Melayu, dengan sendirinya umat Melayu berada dalam barisan bangsa contoh.

Bayangkan bangsa Melayu yang tidak menghayati cara hidup Islam, ia boleh menyebabkan kemungkaran dan kefasadan hanya perkara biasa. Kezaliman dan pecah amanah menjadi amalan. Kebendaan dan nafsu-nafsi menjadi matlamat hidup. Akhirnya bangsa Melayu akan kecundang dalam pertarungan sengit untuk memajukan bangsanya.

Menjadi Islam tidak harus menjadikan kita mundur kerana Islam mendorong bangsa Melayu untuk maju. Berpegang kuat kepada ajaran Islam tidak harus dikaitkan dengan halangan untuk maju kerana tamadun silam diambil oleh Barat untuk memajukan diri mereka.

Berpegang kepada watak amanah dan adil tidak harus menyebabkan bangsa Melayu terkebelakang kerana rasuah, salah guna kuasa, lupa amanah untuk membangunkan Melayu, mementingkan diri sendiri, oportunis terhadap peluang dan kesempatan terbukti menyebabkan bangsa Melayu tiris dalam banyak bidang.

Pemahaman Islam secara dinamik dan diaplikasikan dalam budaya hidup serta bekerja umat Melayu adalah jawapan terbaik untuk membangun Malaysia di bawah acuan kita sendiri. Tidak menolak faedah berbanding yang terdapat daripada Barat dan Timur, mengunggulkan jati diri bangsa yang berfaedah dan menjadi sebahagian daripada tamadun umat.

Modal insan bermutu tuntut sahsiah tinggi

PEMBANGUNAN modal insan adalah agenda utama Malaysia dalam perancangan menjadikan Malaysia negara maju memenuhi matlamat Wawasan 2020 yang meletakkan Malaysia maju dalam bidang sains dan teknologi berasaskan acuan sendiri.

Pada Rancangan Malaysia Kesembilan, faktor modal insan menjadi agenda utama dalam menentukan pembangunan Malaysia yang mementingkan ilmu dan kepakaran untuk mencapai tahap negara maju.

Modal insan yang berkualiti tidak sekadar mempunyai ilmu dan kepakaran, keahlian dan profesionalisme tinggi, tetapi mendukung sahsiah tinggi. Sahsiah tinggi penting dihayati kerana jenis cabaran dalam bidang masing-masing tidak saja sifatnya intelektual, teknikal dan profesional tetapi menuntut kualiti amanah, adil, telus dan tulus pada diri.

Modal insan berkualiti tidak saja terbabit dengan kerja mekanikal, profesional dan saintifik tetapi memerlukan etika dan nilai supaya urusan menjadi tulus dan telus. Modal insan yang terbabit dengan salah tadbir, rasuah, mementingkan diri sendiri, oportunis umpamanya tidak akan menjadikan organisasinya cemerlang.

Amalan salah menjadi belenggu dirinya. Dirinya tidak ada kemerdekaan kerana perbuatannya bakal merosakkan negara dan sistem. Amat penting kesedaran etika dan nilai dikaitkan keyakinan bahawa Allah SWT melihat dan menyaksikan apa yang berlaku.

Asas ihsan ini penting dalam melaksanakan amanah pengurusan. Dalam Islam amanah pengurusan ialah suatu ibadat. Melaksanakan sesuatu atas niat ibadat dan apabila melakukannya yakin akan penyaksian Allah SWT mempunyai daya dorong tinggi untuk berlaku jujur dan ikhlas. Inilah asas ihsan yang menjadi tunggak dalam menguruskan sesuatu.

Membina kualiti ihsan membangunkan modal insan adalah penting. Al-Quran ada menyebut kecemerlangan insan dilihat pada takwanya (Surah al-Hujurat, ayat 13) sebagai asas menjadikan manusia insaf bahawa sesuatu yang berjalan dan berlaku sentiasa terhubung dengan Allah SWT.

Insaf ketuhanan menjadi faktor penting menyebabkan etika dan nilai berjalan. Ia dapat memerdekakan diri manusia daripada melakukan perkara tidak baik.

Kemerdekaan serta pembangunan modal insan memerlukan ilmu dan nilai. Pembangunan modal insan tidak hanya cukup dengan latihan yang sifatnya mekanistik. Upaya mekanistik akan menjadi lebih bermakna jika asas nilai dan pedoman bersamanya.

Baik ia seorang saintis, pakar teknologi dan seumpamanya, keperluan terhadap nilai baik dan pedoman berguna adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Apalagi. jika nilai itu datangnya daripada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Kemerdekaan dalam erti kata luas ialah membebaskan manusia daripada belenggu perasaan rendah diri, malas terhadap kerja, cuai terhadap tanggungjawab, lebih kurang dalam pengurusan, tidak menepati waktu, tiadanya muafakat dalam membuat keputusan, kualiti dan produktiviti.

Membebaskan belenggu itu harus dihubungkan dengan ganjaran lebih besar mengenai kerja dan tanggungjawab. Jika kerja dihubungkan dengan amanah dan tanggungjawab, lonjakannya akan lebih hebat.

Seseorang tidak akan hanya bekerja kerana rutin untuk mendapatkan gaji tetapi kerja dilihat sebagai tempat melakukan ibadat dalam erti kata luas. Menepati waktu, rasa kepunyaan dan kekitaan terhadap organisasi, jujur terhadap tugas dan tanggungjawab, serius dalam melaksanakan amanah kerja, kualiti dan produktiviti dijadikan keutamaan adalah gambaran bagaimana kualiti modal insan yang berjiwa merdeka dan memiliki daya ihsan tinggi.

Pembangunan modal insan di negara kita perlu mengambil pendekatan intergratif dalam proses pengilmuan dan pendidikan. Pendidikan intergratif menjadikan asas nilai dan etika sebagai sumber utama dan ia diharap dapat membentuk watak pekerja yang sentiasa mengaitkan asas nilai dan etika dengan apa saja jenis pekerjaan dilakukan.

Pekerja Islam umpamanya, tidak harus ada masalah melakukannya. Keyakinan tinggi terhadap Allah adalah faktor utama yang memberikan daya kawalan manusia supaya tidak terbelenggu dengan niat dan cara bercanggah dengan konsep amanah serta telus.

Keyakinan kepada Allah menjadi penggerak dan pendorong manusia melakukan sesuatu. Apabila nilai dan etika Islam sebati dalam niat dan amalan, maka manifestasi amal akan berjalan seiring. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang faham makna dosa dan pahala, halal dan haram akan dapat membezakan yang mana satu amalan baik atau sebaliknya.

Membelenggu diri dengan amalan salah berkait rapat dengan rezeki diterima. Rezeki yang diterima mungkin tidak halal dan tiada berkatnya apabila dibawa balik ke rumah. Jika keinsafan ini ada bagi setiap orang Islam, dengan sendirinya apa saja pekerjaan dilakukan dikaitkan dengan ibadat.

Insan beriman yakin bencana peringatan Tuhan

Bersama Prof Dr Sidek Baba


BENCANA tsunami di beberapa negara di Asia dan Afrika akhir tahun lalu serta terbaru Taufan Katrina yang melanda Amerika Syarikat dilihat oleh sesetengah orang sebagai bencana alam. Bagi orang beriman, faktor alam tidak boleh dipisahkan dengan faktor Pencipta. Sesuatu kejadian yang berlaku tentu bersebab dan ada hikmah di sebaliknya bagi orang yang mahu merenung dan berfikir.

Perjalanan alam ini adalah suatu sunnah Allah bukannya sunnah alam. Sunnah Allah menghubungkan kejadian dengan Pencipta dan Pengaturnya. Sunnah alam tidak menghubungkan manusia dengan Pencipta, malah ia terjadi dengan sendiri. Tidak mungkin alam itu terjadi dengan sendiri seperti tidak mungkin kereta, kapal terbang dan kapal laut bergerak sendiri. Semuanya dipandu dan digerakkan oleh manusia.

Tetapi manusia tidak mampu menggerakkan bintang dan mengawal sistem solar, apa lagi mengatur perjalanan sistem galaksi yang amat raksasa, melainkan ada suatu kuasa yang amat Perkasa mengaturkan semuanya itu. Ia dirujuk kepada kuasa Pencipta iaitu Allah.

Allah menggambarkan perkara ini dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu Allah hidupkan bumi sesudah mati (kering), dan Allah sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi. Itulah tanda kebesaran Allah bagi mereka yang memikirkan." (Surah al Baqarah, ayat 164)

Al-Quran tidak dituntut untuk diimani sebahagiannya dan tidak diimani sebahagian yang lain. Kisah dalam al-Quran, peristiwa dirakamkan, peringatan diberi dan khabar gembira diutarakan serta batasan yang dijadikan pedoman dan prinsip yang dijadikan ikutan adalah cerminan keseluruhan daripada proses pengwahyuan yang perlu diimani oleh manusia. Setiap yang dirakamkan dalam al-Quran membawa maksud dan hikmah tertentu untuk manusia berfikir dan renung. Ia supaya daripada semuanya itu manusia mendapat pengajaran dan iktibar.

Peristiwa Israk dan Mikraj adalah suatu ketentuan Allah terhadap hamba yang terpilih.

Saat kejadian itu terhadap Rasulullah SAW ialah ketika Baginda dihimpit tekanan dan cabaran pedih daripada kelompok penentang yang ingin memadamkan cahaya Allah dan bertekad menghapuskannya dari bumi.

Oleh kerana Nabi Muhammad adalah manusia pilihan Allah untuk membawa suatu risalah besar untuk umat manusia, maka tentu Allah memiliki kekuasaan untuk melakukan apa saja. Bagi orang yang tidak beriman, peristiwa ini dianggap sebagai sesuatu yang lucu dan tidak masuk akal. Tetapi, bagi mereka yang beriman meyakini bahawa Rasulullah bukan seorang pendusta.

Seperti juga apabila berlaku peristiwa tsunami di Aceh, bagi orang beriman, ia diterima dengan penuh keinsafan dan iktibar bahawa kuasa Allah itu mengatasi segala-galanya. Bagi yang tidak beriman, terus bertanya mengapa ia berlaku di suatu tempat di mana orangnya bersembahyang dan beriman kepada Allah. Apa yang Allah tahu tidak sama seperti apa yang manusia tahu. Hikmah di sebalik kejadian kadang-kadang tidak mampu diselami oleh mereka yang tidak beriman.

Tsunami adalah bukti nyata berlakunya kiamat kecil kepada manusia seperti kematian yang juga kiamat kecil kepada setiap insan. Al-Quran memberikan peringatan mengenai kiamat yang sebenar. Gambaran kiamat itu tentunya membabitkan semua, tidak kira apa kedudukan kita pada sisi Allah dan apa suasana pun kita berada ketika kiamat berlaku. Hal ini kerana ia adalah ketentuan Allah. Bagi yang beriman dan beramal salih, Allah akan memberikan tempat setimpal di akhirat nanti. Bagi yang ingkar, sombong dan melampau batas Allah akan memberikan balasan setimpal seperti yang dijanjikan-Nya.

Hal yang sama berlaku terhadapTaufan Katrina yang amat dahsyat menimpa penduduk di Amerika Syarikat. Kalaulah manusia dikatakan memiliki kekuatan meramal dan mengatasi bencana, Allah tunjukkan bagaimana faktor sunnatullah atau ketentuan Allah mengatasi keupayaan teknologi dan saintifik yang dimiliki oleh manusia.

Sebesar mana suatu kuasa manusia, akhirnya terpaksa tunduk terhadap ketentuan Pencipta.

Selagi mana manusia ingkar terhadap sunnatullah dan tidak mengambil iktibar daripadanya, maka selagi itulah manusia tidak akan belajar daripada sifat angkuhnya sendiri. Begitu juga tidak mendapat hikmah daripada sesuatu kejadian.

Firman Allah bermaksud: "Allah menimpakan angin itu kepada mereka (kaum Aad dan Tsamud) selama tujuh malam dan lapan hari terus menerus, maka kamu lihat kaum Aad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul pohon kurma yang telah kosong (lapuk)." (Surah al-Haaqqah, ayat 7)

Peristiwa Israk dan Mikraj juga adalah ujian Allah kepada manusia. Bagi yang beriman mengukuhkan lagi imannya kepada Allah. Bagi yang ingkar menambahkan keingkarannya kerana bagi yang ingkar mereka tidak percaya kepada yang ghaib. Logik akal mereka hanya bersandarkan kepada sesuatu yang nampak pada penglihatan dan pemandangan mereka. Sedangkan sunnatullah ada pada yang nampak dan ada pada yang manusia tidak nampak. Allah memiliki kekuasaan menampakkan sesuatu untuk manusia percaya dan tidak menampakkan sesuatu untuk manusia percaya.

Sedangkan Allah memiliki kekuasaan menghadirkan yang wujud dan tidak setiap yang wujud mesti maujud atau terlihat dengan nyata.

Roh, umpamanya, wujud pada diri manusia dan tidak maujud seperti adanya tangan dan kaki. Tetapi tangan dan kaki tidak akan bergerak tanpa adanya roh yang memberi hayat kepada manusia. Roh itu bukan milik manusia dan bukan urusannya. Kalaulah roh itu milik manusia dan urusannya, maka roh boleh kekal pada tubuh manusia selama-lamanya.

Oleh kerana roh itu adalah urusan Allah, maka setakat mana roh itu perlu berada pada tubuh manusia ia adalah hak Allah bukan hak manusia. Allah boleh mengambilnya bila-bila masa tanpa meminta izin daripada manusia.